April 2012
3 posts
February 2012
3 posts
January 2012
10 posts
December 2011
6 posts
April 2011
1 post

I’m just being myself.
I love being me.
But sometimes…
It’s hard for being me.
March 2011
1 post
February 2011
4 posts

untuk tempahan sms ke 013-6533449 (Emy)
Nama :
Alamat :
Kuantiti botol :
*nombor akaun bank akan diberitahu selepas anda membuat tempahan melalui sms.
*harga (packaging baru) sebotol RM30 (semenanjung Malaysia) dan RM35 (Sabah & Sarawak)
*kos penghantaran RM6 (semenanjung Malaysia) dan RM9 (Sabah & Sarawak)
sebarang pertanyaan boleh emailkan ke : emynisa@gmail.com
HARGA JUALAN :
sebotol RM30 [60 kapsul] - semenanjung Malaysia
sebotol RM35 [60 kapsul] - Sabah dan Sarawak
Penghantaran menggunakan POS LAJU & COD (di kawasan tertentu sahaja).
![]()
*PERHATIAN : Kos Pos Laju adalah bergantung pada berat dan tempat. Kos yang tertera di bawah adalah jumlah untuk penghantaran MINIMA sahaja. Kos Pos Laju adalah ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan. Harap maklum.
Semenanjung Malaysia = RM 6
Sabah / Sarawak = RM 9
Untuk memudahkan tracking, nombor “tracking” POSLAJU akan diberi jika di minta oleh pelanggan.
*Penghantaran secara COD hanya di kawasan berdekatan UiTM Shah Alam, Seksyen 7 Shah Alam dan Taman Desa Cempaka Nilai.
tunggu apa lagi, CUBALAH.

untuk maklumat lanjut layari emynisashop.my

UNTUK YANG SUDAH BERKAHWIN :
1. Makan 2 kapsul pagi (selepas sarapan) & 2 kapsul sebelah malam untuk 1 minggu yang pertama.
2. Minggu ke-2 dan seterusnya, makan 2 kapsul sekali makan setiap hari sehingga datang bulan.
3. Datang bulan (haid) perlu dihentikan pengambilan JRD.
4. Selepas habis haid, ulangi langkah-langkah di atas kembali.
*Pada bila-bila masa sahaja, anda boleh menambah dos kepada maksima 4 kapsul sehari sekiranya anda perlukan ekstra tenaga, ekstra rapat, alami keputihan yang ekstra & perlukan ekstra khasiat-khasiat lain di dalam JRD. Badan anda, hanya anda yang tahu.
UNTUK YANG BELUM BERKAHWIN (ANAK DARA / GADIS) :
1. Makan 1 kapsul pagi (selepas sarapan) & 1 kapsul sebelah malam untuk 1 minggu yang pertama.
2. Minggu ke-2 dan seterusnya, makan 1 kapsul sekali makan setiap hari sehingga datang bulan.
3. Datang bulan (haid) perlu dihentikan pengambilan JRD.
4. Selepas habis haid, ulangi langkah-langkah di atas kembali.
*Pada bila-bila masa sahaja, anda boleh menambah dos kepada maksima 4 kapsul sehari sekiranya anda perlukan ekstra tenaga, ekstra rapat, alami keputihan yang ekstra & perlukan ekstra khasiat-khasiat lain di dalam JRD. Badan anda, hanya anda yang tahu.
Selamat mencuba!
* Anak dara pun boleh makan Jamu Ratu Dara ini untuk penjagaan awal. Tak rugi apa pun malah boleh menjaga kewanitaan kita dari anak dara lagi.
* Tidak sesuai untuk ibu-ibu mengandung, menyusu bayi, wanita yang dalam haid dan pesakit darah tinggi.
* Banyakkan minum air masak.

packaging lama

packaging baru
Memorandum
Kepada : Semua Stokis, Sub-Stokis dan Para Pengedar
Tarikh : 22 Disember 2010
Perkara : Pelancaran “Jamu Ratu Dara Berwajah-Baru”
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera buat semua stokis, sub-stokis & pengedar Jamu Ratu Dara (JRD) yang dihormati.
Pihak syarikat ingin menarik perhatian semua terhadap perkara di atas. Pertama sekali, syukur Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Ilahi, berkat keberkesanan khasiat JRD, kesungguhan anda semua memacu jualan & beserta izinNya, JRD kini mengorak selangkah maju ke depan. Pada tanggal 10 Januari 2011 nanti, kita semua bakal menyaksikan JRD secara rasminya diterjemahkan kepada wajah-baru yang lebih segar & berdaya saing. Justeru, JRD wajah lama akan dihentikan pengedaran berkuatkuasa 31 Disember 2010.
Pembaharuan JRD ini adalah mengambil kira permintaan anda & pelanggan-pelanggan semua yang ingin melihat JRD dikomersilkan secara rasmi dan komprehensif berikutan manafaatnya dan permintaan yang amat tinggi dipasaran. Unjuran angka jualan JRD sepanjang setahun yang lepas dipasaran, menuntut kami menyokong cadangan bernas anda semua kearah transformasi ini. Seperti yang kita semua sedia maklum, fenomena JRD ini berlaku disebabkan khasiat dan keistimewaan JRD yang diakui ramai sebagai suplemen terbaik dari segi kesan-kesan positifnya & juga harga yang amat mampu-milik untuk setiap wanita. Yang menariknya, puluhan ribu unit JRD terjual sepanjang tahun lepas adalah tanpa iklan berbayar, dan 95% adalah jualan di internet. Syabas diucapkan kepada anda semua!
Selaras dengan transfomasi ini, pihak syarikat juga mengumumkan penambahbaikan beberapa ciri-ciri tambahan terhadap JRD. Berikut adalah pembaharuan-pembaharuan tersebut:
i. Berkelulusan KKM – (MAL 09032148T)
ii. Memiliki sijil Halal
iii. Dikilangkan di kilang berstatus GMP
iv. Kemasan-akhir produk yang eksklusif
v. Website rasmi baru JRD, www.beautygarden.com.my yang lebih professional dan elegan.
vi. Iklan berbayar JRD di media cetak dan media elektronik secara berperingkat. Slot iklan pertama akan diterbitkan di majalah Mingguan Wanita, bermula Januari 2011 ini.
Sejajar dengan usaha dan langkah-langkah yang diambil bagi memastikan penjenamaan semula JRD ini kondusif dan konstruktif, pengorbanan yang perlu dibayar merangkumi kos yang tinggi. Kos pra-pengilangan, pengilangan dan pengiklanan antara penyumbang terbesar kos untuk menjayakan misi ini. Justeru, JRD wajah-baru akan diperkenalkan mengikut spesifikasi berikut:
i. Harga Pasaran : RM30 / kotak (Semenanjung), RM35 / kotak (Sabah&Sarawak)
ii. Bilangan kapsul / kotak : 60 kapsul (Kapsul Halagel)
iii. Ramuan : Ramuan dipertingkat (penambahan herba-herba baru yg memberi khasiat optima kepada pengguna tanpa menjejaskan khasiat asal)
Kami memberi jaminan, harga pasaran JRD adalah masih di antara yang termurah & terendah dipasaran produk jamu wanita. Bezanya, JRD tetap kekal sebagai produk jamu wanita yang paling berkesan bagi memenuhi kehendak setiap wanita. Muktamad.
Kami percaya, dengan pembaharuan-pembaharuan tersebut, pelanggan-pelanggan semua tidak lagi perlu merasa was-was untuk menggunakan JRD sebagai suplemen harian meskipun harga telah sedikit berbeza. JRD kini terjamin dari segi keselamatan dan kebersihan dan mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia & Jabatan Agama Islam Malaysia. Bagi pihak stokis, sub-stokis & pengedar pula, jualan JRD kelak adalah tanpa sempadan & medium. JRD kini boleh dipromosi dimana-mana sahaja tanpa halangan. Insyaallah, dengan bantuan pengiklanan dari pihak syarikat & juga kemasan akhir produk yang lebih baik, ianya berupaya menjadi alat bantu-jualan yang lebih efektif.
Pihak syarikat juga ingin menarik perhatian pengedar-pengedar yang ingin menjadi pengedar sah JRD baru, anda semua dinasihatkan supaya membuat pembelian Pakej JRD Baru selewat-lewatnya pada 3 Januari 2011. Ini supaya nama anda semua sempat disiarkan di iklan Mingguan Wanita bulan Januari nanti. Pakej Pengedar JRD Baru akan di emel kepada setiap pengedar-pengedar terdahulu yang sah. Pembelian wajib dibuat dari stokis-stokis yang telah dilantik di negeri masing-masing. Sekiranya stokis negeri belum dilantik, pihak syarikat akan mengambil-alih peranan tersebut.
Sebagai kesimpulannya, dengan fenomena JRD yang tengah hangat menembusi pasaran internet saban hari, adalah wajar untuk JRD diberikan transformasi yang lebih rasmi, eksklusif dan berdaya saing untuk kekal relevan, baik di internet mahupun pasaran terbuka. Ini seterusnya menzahirkan impian kita semua untuk menjadikan JRD sebagai jamu wanita yang paling laris di Malaysia, Insyaallah.
Akhir kata, kami berharap agar transformasi ini menjadi pemangkin ke arah memacu JRD yang lebih gemilang, seterusnya membantu anda semua menghasilkan pendapatan yang maksima. Segala kerjasama, perit jerih pengorbanan anda semua mengharungi tatihan pertama JRD, hingga lah ke saat ini, amat-amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga.
Yang Benar,
Puan Aireen Mohd
(Pengasas Beauty Garden Worlwide)
s.k:
Pihak Pengurusan Beauty Garden Worldwide
————————————————
Sesiapa yang berminat , di minta menghantar email ke
jamuratudara@gmail.com untuk info lanjut.

Nak Ketat? Rapat? Padat ? Mantap?
Jamu Ratu Dara ada jawapanya! Teruskan membaca..
Memperkenalkan jamu warisan nenek moyang Jamu Ratu Dara. Terbukti sejak dari tahun 1970an lagi. Diadun dengan herba khusus untuk wanita yang diamalkan sejak turun temurun. Warisan dari nenek moyang yang merupakan pengamal ubatan herba.
Adakah anda :-
- Selalu rasa rendah diri dengan suami sebab prestasi anda tidak sehebat macam dulu?
- Kurang keyakinan dalam memberikan servis terbaik untuk suami macam dulu-dulu?
- Asyik rasa tidak selesa sebab keputihan melampau?
- Sering lesu dan lemah urat badan?
- Kulit kusam dan tidak ada seri langsung?
Jika anda tergolong dalam golongan di atas, kami ada jawapannya.
Jamu Ratu Dara 100% diperbuat daripada herba dan rempah ratus. Boleh mengatasi pelbagai masalah yang dialami oleh wanita. Untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan, Jamu Ratu Dara perlu diamalkan secara konsisten. Hasilnya akan terpancar pada wajah dan tubuh badan anda terasa lebih segar dan sihat sentiasa. Insyallah…
Antara khasiat Jamu Ratu Dara :
- Sangat berkesan untuk merapatkan serta memantapkan lagi vagina. Confirm ketat dan padat, dan panas saja di dalam. Grip akan jadi luar biasa. Rasa macam anak dara balik.
- Sangat berkesan memulihkan masalah keputihan, kegatalan dan bau-bau yang kurang enak di vagina.
- Mengawal lendir dan lelehan vagina.
- Menambahkan tenaga dan melancarkan perjalanan darah.
- Merawat keletihan dan tidak bermaya. (Sesuai untuk yang selalu merasa keletihan badan.)
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Boleh mencegah barah payudara dan rahim.
- Memulih otot dalaman faraj. (Sangat sesuai untuk wanita selepas bersalin.)
- Awet muda. Boleh menghaluskan dan mencantikkan kulit. Muka jadi merah berseri.
January 2011
2 posts
Sudah 16 hari berlalu ditahun 2011 ni. Alhamdulillah, so far tak pernah ada lagi melepaskan kata-kata carutan secara sengaja atau tidak sengaja. Hampir-hampir terlepas tu ada la. Tapi, nasib baik sempat break. Hehehee… :)

December 2010
2 posts

say NO MORE MENCARUT lagi!
SELAMAT TAHUN BARU SEMUA! :)
Baru-baru ini saya baru saja menghadiri seminar dan bengkel membina laman web di UKM, Bangi selama 3 hari, 3, 4 dan 5hb Disember. Pada mulanya memang excited nak pergi. Lagi pun saya memang minat benda-benda macam ini. Tapi tidak lama lepas dapat tahu tentang seminar itu, rasa macam tidak sedap hati pula. Maksud saya bukan la ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Tapi mood berubah dengan sekelip mata, rasa tak nak pergi seminar itu. Tapi mak beria-ia suruh pergi. Seharian berfikir macam mana nak mengelak dari seminar itu. Sampai mak dah ketuk pintu bilik bertanya, hati memberontak tak nak pergi, tapi tak sampai hati pula biarkan mak pergi seorang diri.
Malam sebelum seminar, saya sempat berchatting dengan kawan, saya bagitahu dia tentang seminar itu. Dia pun macam interested, so saya suruh dia isi form dulu kat website 1nita.my. Tapi dia kata dah full. Ok fine, kecewa juga. Kalau tidak, ada juga la teman saya di seminar itu nanti.
Tepat jam 8.00 pagi saya dan mak pun bertolak menuju ke UKM. Seriously memang malas giler nak pergi, memang moody saja the whole day. Kesian mak kena layan kerenah saya. Saya malas nak layan orang sekeliling.

Bila bermula saja taklimat seminar, perasaan saya terus membara kebengangan. Sebab? Sebab utamanya, saya ingatkan seminar membuat website. Rupa-rupanya seminar dan bengkel untuk usahawan wanita yang membuat perniagaan atas talian. So, no wonder la kan kalau saya nak bengang dan moody sepanjang hari.

Bila modul dalam kelas, saya lagi la bertambah bengang. Modul ini mengajar macam mana nak jual barang di laman 1nita.my. Majoriti dalam kelas itu kaum ibu-ibu. What do you expect when ‘ibu-ibu’ ini baru nak belajar pegang komputer?? Tapi saya tahu saya tidak sepatutnya ‘ada’ perasaan macam itu. Tapi kalau dah namanya terpaksa dan dipaksa, itu jugalah perasaan yang ada. Saya banyak menghabiskan masa dengan berchatting dan facebooking sepanjang modul itu. Bukanlah berlagak, tapi cara menjual dan membina laman web yang diajar itu sama seperti kita membina blog di blogspot. Cuma mereka menggunakan wordpress dan daftar domain secara percuma.

Ok fine lah, memang saya pekakkan telinga saja sebab saya berjaya menyelesaikan semua itu tak sampai 30 minit pun. Tapi agak begang bila mak saya tanya itu ini… Bukan tak nak layan, tapi memang malas nak layan pun sebenarnya, sebab dia takut sangat nak tekan dan klik. Aduhhh… bukan meletup pun komputer itu. Arahan yang diberi cukup jelas tetapi mak masih terkial-kial. Sebab? Sebab saya dah perhatikan bila pengajar itu beri arahan di depan dia sibuk buat benda lain. Bukan dituju pada mak saya saja, pada peserta-peserta lain juga. Ah tension giler.
Saya kena hadap benda-benda yang sama selama 3 hari. Oh, saya memang tak gembiara langsung sepanjang 3 hari itu. Saya tak mampu mengukirkan senyuman sepanjang 3 hari itu.

Hari yang dinanti-nantikan hari terakhir seminar itu, saya gembira sebab esoknya saya tak perlu nak hadap benda-benda itu lagi. Saya dapat sijil dan terus pulang.(Lihat saja pakaian saya, tidak melambangkan semangat langsung.)
Finally, saya berjaya siapkan laman web perniagaan itu juga. Tetapi bukan atas produk saya, saya pinjam produk kawan saya. Thanks Lyna. Nak tengok website itu? Hah, jangan harap la saya nak tunjuk. Hahahaa… Nanti-nanti la saya tunjuk ok sebab saya tak ada produk sendiri lagi. Website mak saya? Hmmm….. saya tak nak ambil tahu. Masih tak ada mood lagi nak layan website ini. Kalau dah ada produk nanti baru saya akan kembali aktifkan website itu.
Ok, dalam pada mood kebengangan itu, saya sempat la juga memasang telinga tentang apa itu 1nita.my. Sebenarnya 1nita itu adalah wanita. 1 = one, nita = nita, 1nita = wanita. Semua penceramah tertanya-tanya kenapa semua peserta seminar ini perempuan sahaja. Memang la perempuan sahaja, dah nama pun 1nita.my.
So, siapa-siapa yang ada buat perniagaan online boleh la cuba menjual barang korang kat laman 1nita.my ini. Sign up saja. Syaratnya cuma perlu sentiasa update saja business korang itu. Kalau taip yang merepek-merepek, automatically, mereka tidak akan publish barang korang.
Ok, banyak lagi sebenarnya nak cerita tapi dah mengantuk sangat ni. Sebelum saya masuk tidur, satu perkara saya nak hebahkan di sini, bahawasanya, LECTURER UKM MORE FRIENDLY THAN LECTURER UiTM.
Sekian~
November 2010
1 post
October 2010
3 posts

Currently, I am not feeling well. Too many things to do. Plus, something bad came up recently. I am getting tired with all these. Final exam just around the corner. I have to work hard for this time. Kena all out la kan nak repair balik pointer yang macam aramm tu. Ok find, can not mengeluh over doss. But in this situation, I really need friends. Guys, make my day please.
KTM update their services?? Fuhh! Can’t believe it. That’s what we’re waiting selama ni. TAPI, ok sila tengok dengan teliti gambar di bawah ini yee.

Yeah!
Effective 4th October 2010, KTM Komuter provides 6 Car Komuter services for SEREMBAN - SUNGAI BULOH, SUNGAI BULOH - KAJANG and SENTUL - SEREMBAN from Monday - Friday daily.
At the moment there is NO SERVICE for PELABUHAN KLANG - BATU CAVES route. This 6 Car train is only for selected routes. Untuk sektor Seremban - Rawang, sila dapatkan tren Komuter seperti yang sedia ada. They are using ETS set for the 6 Car Komuter services in order to ease the number of passengers during the peak hours for selected routes and services only.
Haha.. so, renung-renungkan and thanks for choosing KTM komuter.

September 2010
8 posts
Minggu ni menggiler catu makan. Peritnya la perut ni bila tak cukup makan. Makanya, berlaku la aktiviti tidur seharian. Nasib la wahai kelas-kelas, tak larat nak berjalan dah. Lagi nak mendaki bukit bagai, panjat tangga, kejar-kejar bas, redah hujan, etc etc. Oh memang tak la kan. Come on la abah. Duit belanja pleaseee…
Tadi sampai je rumah, terus buka facebook, then terbaca post seorang kawan ni. Dia upload picture schedule final exam. So, terasa rajin pula nak buka student portal, nak check jadual exam even internet dalam keadaan agak kura-kura terhegeh-hegehnya. Check punya check, alhamdulillah, schedule semester ni banyak gap dengan other paper. Tapi agak lambat sikit la habis. Mana tak nya, paper pembuka dan penutup. Ah, tak kisah la semua tu. Apa yang diharapkan sangat-sangat, sekarang ni semua lecturer tengah buat valuation kedatangan. Hopefuly, tak ada la paper yang kena bar since I am the ‘Raja Ponteng Kelas’. Huhuu…
Dalam sibuk-sibuk nak exam ni, lecturer pula bagi banyak assignment. Tak faham la kenapa mesti nak bagi waktu-waktu macam ni. Kenapa tak bagi masa awal-awal semester dulu. Plus, quiz, test, etc etc. Haihh.. gugur la rambut macam ni. Tak suka bila buat assignment tak ada internet connection. Susah nak cari material. So, itu la yang buat assignment tertangguh-tangguh. Dah nak due date baru menggelabah nak cari pen, kertas, etc etc. Ok, itu la Emy, itu la Nisa.
Dalam tengah semak-semak kepala ni pula, of course la kita akan berada dalam keadaan agak stresskan? Tapi hari tu dapat la jumpa my cousin sekejap. Borak-borak even tak sampai 10 minit pun, tapi feel free la lepas tu. Yela, seronok sebenarnya dapat jumpa saudara mara ni. Cuma masa tu je yang tak mengizinkan. Nak lepak-lepak dengan kawan-kawan pun, kawan busy. Mesej tak reply. Nak call takut mengganggu pula. So, I was decided untuk mendiamkan diri je.
Lately ni, apa yang diplan semua tak menjadi. Pelik.. freaking weird. Why this is happen?? Bengang tak pasal-pasal sudahnya. Baru nak chill chill.. lepak-lepak.. Haihh…
Tak tahu la kenapa susah sangat nak survive kat Shah Alam ni….. Rasa macam nak buat research je kenapa….. :-(
Ini hanyalah dari sudut pandangan sendiri…
…dan…
dari apa yang pernah dilihat…
Peranan seorang anak terhadap ibu bapa memang la besar. Sama juga la tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.
Si anak harus la mendahulukan ibu bapa dalam apa perkara sekali pun.
Bila mana si anak telah membuat perjanjian bersama teman-teman untuk bertemu, tetapi tiba-tiba si ibu bapa memberitahu, “kita…bla bla bla…minggu ni…bla bla bla…”, maka si anak terpaksa la membatalkan perjanjian bersama teman-teman kerana ada urusan keluarga yang harus didahulukan. Kata orang, FAMILY FIRST.
Pabila berjalan bersama ibu bapa, tak kira la di mana sekali pun, shopping complex, pasar malam, etc etc, si anak harus la berjalan di belakang bapa. Kalau sekali pun si ibu memilih barang berjam-jam, tunggu dan temani la si ibu itu. Tapi si ibu tu pun kena la beragak-agak sikit, jangan la leka sangat sampai anak dah tak ada kat sisi pun tak sedar. Sebab itu la banyak berlakunya hilang anak di shopping complex.
Tapi macam mana pula kalau ibu bapa yang TER-lupa atau buat-buat lupa tanggungjawab mereka terhadap anak-anak??
Sedang si bapa sibuk melepak bersama teman-teman, tiba-tiba si anak menghubungi bapanya untuk meminta pertolongan yang pada logik akalnya tak la seberat mana pun, malangnya si anak itu tidak dihiraukan atas alasan si bapa sedang bersama teman-teman. Lalu si anak dimaki hamunnya tanpa usul periksa. Malang sungguh si anak itu. Ah, itu la kuasa si bapa. KETUA KELUARGA katanya.
Bila terjadinya perkara-perkara seperti ini, pastinya si anak akan berasa tidak puas hati. Tapi di mana hak si anak itu untuk berkata-kata kalau baru sepatah perkataan keluar dari mulutnya dah dicop tidak menghormati ibu bapa??
Kita terbalikkan pula situasi ini.
Bagaimana kalau si anak yang lebih berkuasa di dalam rumah. Si ibu hanya menuruti perintah si anak, kadang-kadang ibunya pula dimarahi. Mentang-mentang la hati si ibu itu lembut, ikut suka hati je si anak tu nak hamburkan kata-kata pada ibu bapa mereka.
Haaaa… LU Pikirlah Sendiri…..
Ibarat kotak kosong yang terdampar di bawah katil.

Hahahaa.. suko-suko den jo buek popatah sendiri. Seriously, den raso macam tak perlu jo cuti lamo-lamo ni kot. Duduk rumah pun bukan keluar berayo. Haihh.. nasib badan la berjauhan dongan kawan-kawan ni. Raso macam torpinggir pun ado. Dapek pula parent yang tak suko berjalan. Memang pakej sekali la tu. LONGKAP! Sominggu duduk rumah ni kojo den tidor yola. Apo yang den tau, den bangun tidor jo mesti dah ado nasi torbontang dokek ateh mejo. Bilo omak den buka mulut jo, den lari masuk bilik. Hahahaa.. nasib la omak oii dapek anak pompuan macam ni. :D

Less than two days, all Muslims will celebrate Eid Fitri. After a month of fasting, this is a much awaited day to celebrate with family, relatives and friends. So guys, I just want to wish you Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. For those who will do open house this hari raya, please invite me ok. I will go and collect duit raya as well. hehe… ok this afternoon I will fly back to Peghokkk. drive safe ok? bye~ :)
ok ini bukan sawan cara diriuh pagi Era tu ye. kat sini nak story sikit something yang telah berlaku afew days ago. memang dah nak sawan juga la kan.
- semalam kat airport mencanak dok tunggu bas lama giler. sejam lebih menunggu. mujur la dalam airport tu ada air-cond. nak balik pun macam tu juga, kat Banting duk menunggu bas sejam. haa 1 jam 1 bus ye kawan-kawan. bakor jela bas banyak-banyak tu! habis masa menunggu bas je. haihh… naik sawan dibuatnya tunggu lama-lama ni. emo2..
- kelmarin, tengah syok-syok tidur (tak ada la syok sangat, tidur-tidur ayam je), tiba-tiba handphone berbunyi. nombor yang tak dikenali pula tu. dengan slumber nya jawab jela call. do you know who’s calling me that time?? guess who! hah, rasa macam terkena wakenabeb, panggilan hangit, gotcha call, etc etc je! apa isi kandungan dalam perbualan tu tak perlu la diceritakan di sini ye. tapi memang bengang giler ah. belajar tinggi-tinggi tapi tak ada budi bahasa. kan BUDI BAHASA BUDAYA KITA. bengang2..
- dah naik sawan tengok bilik penuh dengan rambut. haha.. rambut panjang logik la kalau banyak gugur. tapi serious la memang tak ada mood nak kemas-kemas bilik ni. bilik dah macam stor. sudah la bilik kecil je, banyak pula tu barang. almari 2, meja 2, katil 1, kotak-kotak, beg-beg lagi. haihh.. dah tak tahu nak campak mana lagi. semak2..
- ok yang ni memang obvious sangat. kalau dulu hampir give up dengan kelas Malaysian Derivative, but now International Financial Management pula. MD tu for now dah boleh la sikit-sikit. itu pun sebab ada initiatif nak belajar sendiri. Alhamdulillah.. tak la sesukar yang digambarkan sebelum ini. tapi IFM ni memang dah nak muntah la nak hadap. masuk kelas nak serious je. bosan la macam tu. dah la subject tough. suppose make fun la sikitkan. so that nanti student tak la stress je. ni, belum masuk kelas lagi dah berkerut-kerut dahi. memang tak ada la nak senyum-senyum ni kan. stress2..
- as usual waktu tidur masih lagi tak normal. after isyak je mesti menguap macam 10 hari tak tidur. lepas tu, kul 1 2 pagi mesti terjaga sampai la ke subuh. siap je subuh, badan letih terus meraba-raba cari tilam & bantal. maka, wassalam lah kelas pagi tu. pernah je konon-konon gagahkan diri tak tidur after subuh. resultnya, macam nak patah tulang belakang bila siang menjelma. mulut pun mula la menguap-nguap. dalam masa 10 minit, 10 kali la menguap. ngantuk2..
- masalah duit memang tak kan selesai. alahaiii duit.. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. duit2..
p/s : dah nak dekat setahun belajar kat Shah Alam ni, tapi still juga tak dapat manage diri dengan baik. rasa macam nak buat research je kenapa jadi macam ni. dah macam orang hilang arah punca je. balik Nilai tak kena, balik Shah Alam tak kena. rasa macam nak duduk dalam gua jela…
August 2010
5 posts


berani janji la kalau dapat ni memang tak poteng kelas lagi. I’m very serious on it. penat giler la nak kejar-kejar bas ni, naik turun bukit, tangga lagi, etc etc. ah memang mengah la. lagi-lagi bulan puasa ni kan. tu yang sampai ponteng-ponteng kelas tu. ala tapi sebelum bulan puasa pun sama juga sebenarnya. hehe… tapi betul la, kalau ada kenderaan mungkin tak sekerap sekarang tak datang kelas. kampus tak nak pula besarkan. memang memerlukan kenderaan la kalau kat sini. tolong la siapa-siapa hadiahkan motor sebijik! hehe… tak demand pun. motor kapcai pun tak kisah. janji ada, senang sikit nak pergi kelas. tentang keselamatan tu pula, percaya pada takdir la. kalau dah nak excident tu, kita berhenti tepi jalan pun kena langgar. yang penting niat tu betul. kalau apa-apa terjadi, tak la ditampung dengan benda-benda yang tak sepatutnya. paham ke tak ni? tak faham sudah. lu pikirlah sendiri…
Farhana and I have decided to do some ‘buka puasa’ with ex-schoolmates. I have set a date of August 28, and Farhana will find a suitable restaurant.

She has decided to choose ‘Geng’s Corner’, also known as Restaurant Upin Ipin, located in Section 13 Shah Alam. So far, almost 15 have agreed to attend. But unfortunately, Anis can’t attend because she has a programme need to go. Atiqah also, but never mind, alasan dia boleh diterima because she’s damn far from us. So who want to join this event make sure confirm with me or Farhana also can as soon as possible. Don’t forget to update your phone number as well. Hopefully we can make it happened babe… ;-)
sebab :
- setiap kali ada quiz & test mesti tak dapat jawab
- selalu tuang kelas. pada hal dah janji dengan diri sendiri tak nak ponteng-ponteng lagi
- still tak dapat kuasai Bahasa Inggeris
- tak dapat waktu belajar yang proper
- waktu tidur dah terbalik
- lost giler bila masuk kelas MD
- kesempitan wang

Kurang dari 24 jam, bulan Ramadan bakal menjelma. Itulah hari yang paling dinantikan sejak dibangku sekolah lagi. Seronok bulan puasa ni. Lebih seronok bila dapat menyambut bulan Ramadan bersama kawan-kawan. Sahur bersama, pergi bazar sama-sama, buka puasa sama-sama, terawih sama-sama, memang seronok walaupun agak penat berpuasa. Masa ni lah nak gather dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Tapi bulan Ramadan kali ni mungkin tak semeriah seperti tahun-tahun yang lalu. Life in Malacca more better than life in Shah Alam. Tak dinafikan kat sini ada ramai kawan-kawan, old friends pun ada, plus, my cousins perhaps. Tapi kemeriahan tu mungkin tak sama macam kat Melaka dulu. Okey, past is past. Now, kena la harungi life yang semakin mencabar ni. Oh, mungkin lepas ni kemeriahan menyambut bulan puasa kali ini dapat dilihat bila waktu berbuka bersama mak cik-mak cik dan kakak-kakak di dalam train. Haha… Terawih kali ni pun may be good bye jela kan. Sampai rumah pun dah pukul 9 lebih.
So, kepada kawan-kawan semua, Selamat Menyambut Bulan Ramadan AL-Mubarak. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan lancarnya.
(̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ڪے~~~~ smoking is bad!
katakan TAK NAK pada rokok! AWAS!
July 2010
10 posts
Bukan nak menjatuhkan, bukan nak memalukan, sekadar ingin berkongsi bersama. Ini adalah realiti. Tetapi tidak semua orang berdepan dengan situasi yang sama seperti ini. Cerita ini adalah adaptasi dari luahan rasa isi hati seorang sahabat.
Bermula al-kisah apabila seorang sahabat A telah berjumpa dengan seorang sahabat Z. Pertemuan yang cukup singkat menggalakkan si sahabat A untuk berkenalan dengan si sahabat Z. Tak perlu bertemu, tak perlu berjumpa, tak perlu ‘dating’, tak perlu chatting, pada ketika itu telah wujudnya zaman teknologi yang serba canggih. Budak-budak sekolah pun dah pakai handphone. BerTOP-UP kan hanya RM5, siang malam handphone sentiasa ditangan. “kalau tak ada kredit aku boleh top-up kan.” SMS sampai jari keras! Kalau boleh, tidur pun nak pegang handphone. Dari situ bermulalah titik perkenalan sehingga rahsia peribadi pun boleh dikongsi bersama. Al-maklumlah kononnya dah berkawan hampir 2 tahun, setiap masa berhubung. Makan lauk apa pun nak bagitahu. Ayat manis yang sentiasa ditaburkan, “kau kan kawan baik aku”. Mungkin sebab itu semua benda perlu dicerita kot?? Whatever la… Genap 2 tahun perkenalan si sahabat A dan Z ini, maka terbongkarlah 1 rahsia. Tak ada la rahsia sangat pun sebenarnya. Tapi since kalau orang tu dah kata SUMPAH tak pernah ini, tak pernah itu, SUMPAH tak reti ini, tak reti itu, tup tup terKANTOI pula si sahabat A ini telah pun melakukan sesuatu yang di luar jangkaan si sahabat Z. Pada mulanya si sahabat Z memang la terkejut beruk bak kata orang. Lantas terus maki hamun si sahabat A. Terkial-kial la nak jawab. Siapa suruh tipu lagi. Lalu si sahabat Z pun merajuk. Tak nak berhubung lagi. Tapi sebenarnya bukan merajuk, but more to SAKIT HATI sebab dah kena tipu. Kata kawan baik tapi kena juga tipu. Si sahabat Z dah mula tawar hati untuk berhubung seperti dulu dengan si sahabat A. Tapi si sahabat A ni tetap juga tidak putus asa untuk berhubung dengan si sahabat Z. Nak tak nak terpaksa juga la layan si sahabat A. Harapan si sahabat Z sekembalinya pulih persengketaan itu, hanya la sebuah kejujuran persahabatan dari si sahabat A. Tapi malangnya, si sahabat A buat perangai lagi. Si sahabat Z terasa teranaiya sekali lagi dan seterusnya berbaik kembali tetapi si sahabat A masih lagi tidak jujur. Si sahabat Z mula bosan dan angkat kaki. Dah 5 tahun perkenalan mereka ini. Sehingga kini si sahabat A masih lagi berhubung dengan si sahabat Z tetapi si sahabat Z tidak mengendahkan sangat. Tatkala call dan sms terpancar di skrin handphone, buat-buat busy la apa lagi. Walaupun dah 5 tahun perkenalan mereka, sebuah kejujuran itu masih lagi samar-samar. Look, betapa strongnya si sahabat Z ini bertahan dengan kerenah si sahabat A. “kau kan kawan baik aku,” menjadi peluru setiap kali berlaku perselisihan antara mereka.
Haihh.. tak paham betul orang yang macam ni. Jangan mengaku kawan baik kalau tak tahu makna kawan baik. Takut nanti orang lain salah faham pula. choiii…!!